Ramai anak muda hari ini memilih untuk bergelar usahawan. Ada yang berniaga kecil-kecilan, ada juga yang sudah mempunyai syarikat sendiri. Hakikatnya, menjadi usahawan memang penuh cabaran. Anda perlu bijak menguruskan masa, kewangan, pelanggan, malah risiko kerugian. Tetapi ada satu perkara yang sering terlepas pandang iaitu perlindungan takaful.
Kebanyakan anak muda rasa mereka masih sihat dan kuat, jadi takaful boleh ditangguhkan. Sedangkan, inilah masa paling sesuai untuk mula. Kenapa? Pertama, pada usia muda caruman lebih rendah berbanding bila usia meningkat. Kedua, kesihatan masih baik, jadi mudah untuk diluluskan tanpa banyak syarat tambahan.
Bayangkan jika tiba-tiba anda jatuh sakit atau mengalami kemalangan. Bagi seorang usahawan, pendapatan mungkin tidak tetap. Jika tidak boleh bekerja, siapa yang akan teruskan bisnes? Siapa yang akan tanggung komitmen kewangan, hutang perniagaan atau kos rawatan? Di sinilah takaful memainkan peranan penting dan ia menjadi “backup plan” kewangan ketika keadaan tidak dijangka berlaku.
Selain melindungi diri, takaful juga membantu menjaga legasi bisnes anda. Jika anda sudah berkeluarga, manfaat takaful boleh dijadikan hibah untuk waris. Sekurang-kurangnya, keluarga tidak terbeban dengan hutang atau kos perniagaan yang tertunggak. Dengan cara ini, apa yang anda bina hari ini tidak hilang begitu sahaja jika sesuatu berlaku.
Sebagai anak muda yang bergelar usahawan, anda adalah aset paling berharga dalam perniagaan anda. Tanpa anda, bisnes mungkin terhenti. Oleh itu, lindungilah diri anda terlebih dahulu sebelum melindungi perniagaan. Anggaplah takaful sebagai sebahagian daripada strategi kewangan pintar, sama seperti menyimpan modal atau melabur semula keuntungan.
Mulakan langkah kecil hari ini dengan mendapatkan pelan takaful yang sesuai dengan bajet dan keperluan. Jangan tunggu sehingga musibah berlaku baru mahu bertindak. Ingatlah, melabur dalam takaful bukanlah beban, tetapi satu bentuk kasih sayang kepada diri, keluarga dan juga perniagaan anda.
