Kisah Kejayaan Ejen Takaful – Perjalanan Saya Menjadi Ejen Takaful Sepenuh Masa
Assalamualaikum dan Salam Perkenalan,

Saya Rusmanidar Binti Rozali. Dilahirkan pada 12 Mei 1983. Seorang isteri, dan ibu kepada empat cahaya mata yang menjadi kekuatan terbesar dalam hidup saya.
Hari ini, saya berkhidmat sebagai ejen takaful sepenuh masa di Great Eastern Takaful Berhad. Namun, perjalanan ini tidak bermula di sini.

Dari Penjawat Awam ke Ejen Takaful
Sebelum ini, saya adalah seorang penjawat awam. Bertugas sebagai Pembantu Pendaftaran Gred KP22 di Jabatan Pendaftaran Negara, Temerloh. Kerjaya yang saya bina sejak tahun 2004 stabil, selesa dan menjadi impian ramai.
Namun, jauh di sudut hati saya tahu, ada sesuatu yang lebih besar menunggu.
Kejayaan Sebagai Ejen Separuh Masa
Tahun 2018, saya mula melangkah ke dunia takaful secara sukarela bukan secara terus, tetapi sebagai ejen separuh masa.
Siang hari, saya jalankan tanggungjawab sebagai penjawat awam. Waktu rehat dan selepas pejabat, saya gunakan sepenuh hati untuk belajar, berkongsi dan membantu orang ramai melalui platform Facebook.
Sedikit demi sedikit, saya bina keyakinan.
Saya hadir ke kelas, saya cari ilmu, saya duduk dalam sesi coaching bersama leader. Bukan mudah, tapi setiap langkah itu mengajar saya erti sabar dan istiqomah.
Hidup Sebagai Ejen Takaful Sepenuh Masa
Sehingga akhirnya, tahun 2020, ketika dunia diuji dengan pandemik COVID-19, saya juga membuat satu keputusan besar dalam hidup.
Saya memilih untuk keluar dari zon selesa. Saya memilih untuk percaya pada potensi diri sendiri. Dan saya memilih jalan ini dengan menjadi ejen sepenuh masa agar saya dapat memastikan setiap pelanggan saya diberi keutamaan sepanjang masa.
Impian & Misi Saya
Hari ini, saya bukan hanya bekerja untuk mendapatkan komisyen. Saya mahu membantu lebih ramai orang mendapatkan perlindungan takaful sambil membina masa depan yang lebih baik untuk keluarga saya.
Saya ada impian besar – untuk anak-anak, suami, dan diri sendiri. Saya percaya, sesiapa pun boleh berjaya jika berani berimpian dan bertindak!
Salam kejayaan,
Rusmanidar Rozali
Dapatkan Perlindungan Hibah Takaful Hari Ini!

