Kerjaya Takaful
Bukan Sekadar Kerja, Tapi Jalan Membantu
Pernah rasa hidup cukup-cukup makan?
Dulu, saya juga pernah berada di fasa itu. Simpanan RM100 pun tak ada. Hujung bulan jadi waktu paling berdebar.
Nak bawa anak-anak keluar makan pun kena tengok harga satu-satu dulu. Pilih yang murah, bukan sebab nak, tapi takut tak cukup sampai gaji seterusnya.
Perit, tapi itulah realiti hidup saya satu ketika dulu.
Perubahan Bermula Bila Saya Belajar Susun Kewangan
Sejak 8 tahun yang lalu, saya mula belajar satu perkara yang sangat penting. Saya belajar susun semula kewangan hidup saya sendiri.
Sebelum bantu orang lain, saya bantu diri saya dulu. Saya belajar bezakan keperluan dan kehendak. Saya mula letakkan perlindungan sebagai keutamaan. Dan perlahan-lahan, hidup mula berubah.
Hari Ini, Saya Lebih Tenang
Alhamdulillah, hari ini :
- Simpanan ada
- Perancangan kewangan lebih jelas
- Hujung bulan bukan lagi sesuatu yang menakutkan
Nak makan? Tak perlu lagi tengok harga dulu. Ambil sahaja apa yang teringin, tanpa rasa bersalah, tanpa rasa takut.
Dari Situ Saya Faham Sesuatu
Ramai orang di luar sana sebenarnya bukan tak mampu. Mereka cuma tak pernah dibimbing.
Dan dari situlah saya pilih jalan ini, kerjaya dalam industri takaful. Sambil bantu diri sendiri saya bantu orang lain.
Apa Sebenarnya Kerjaya Takaful?
Kerjaya ini bukan sekadar menjual pelan. Ia adalah berperanan sebagai :
- Penasihat kewangan keluarga
- Pembimbing dalam susun keutamaan hidup
- Individu yang membantu lindungi masa depan orang lain
Kita duduk bersama client, faham keadaan mereka dan bantu susun perlindungan ikut kemampuan bukan paksaan.
Struktur Kerjaya Takaful
Kerjaya ini ada laluan yang jelas
01
Takaful Advisor
Bermula dari asas :
- Belajar cara bantu orang
- Faham keperluan mereka
- Susun pelan perlindungan yang sesuai mengikut keutamaan.
Tiada siapa terus pandai. Semua bermula dengan bimbingan.
02
Konsisten Dan Bina Kepercayaan
Bila kita jaga client dengan baik :
- Kepercayaan mula terbina
- Referral mula datang
- Orang mula cari kita
Kerjaya mula stabil di fasa ini.
03
Leader / Manager
Bila kita sudah berpengalaman :
- Kita mula bimbing orang lain
- Berkongsi ilmu dan pengalaman
- Membantu mereka berjaya dalam industri ini
Di sini, kita bukan sahaja bantu orang kita bantu membina insan lain.
04
Bina Team Dan Legasi
Pada tahap ini :
- Kita ada team sendiri
- Ada sistem yang kukuh
- Memberi impak kepada lebih ramai keluarga
Ini bukan lagi sekadar kerjaya ini adalah legasi.
Ini Bukan Kerjaya Untuk Semua Orang
Kerjaya ini bukan mudah. Ia perlukan :
- Kesabaran
- Keikhlasan
- Kesungguhan untuk belajar
Kalau masuk industri takaful hanya kerana duit, mungkin akan cepat penat. Tapi kalau niat kerana nak bantu orang, insyaAllah perjalanan ini akan lebih bermakna.
Kenapa Ramai Pilih Kerjaya Ini?
Kerana ia memberi peluang untuk :
- Membantu orang susun kewangan
- Memberi perlindungan kepada keluarga lain
- Membina kehidupan sendiri dengan lebih baik
Dan dalam masa yang sama, memberi nilai yang berpanjangan dalam kehidupan orang lain.
Langkah Pertama Bermula
Kalau awak rasa :
- Pernah lalui hidup “cukup-cukup makan”
- Nak ubah keadaan kewangan diri dan keluarga
- Ada keinginan untuk bantu orang lain Mungkin ini bukan kebetulan.
Jom Mulakan Perjalanan Ini
Isi borang untuk sesi penerangan
Saya tak janji jalan ini mudah. Tapi saya boleh kongsikan bagaimana saya bermula dari kosong sehingga ada arah hari ini.
