BERNIAGA
1. Berniaga tak boleh malu.
2. Beritahu saja apa yang kita jual.
3. Beritahu setiap hari. Cerita, perkembangan, aktiviti bisnes, sharing, dan sebagainya.
4. Ada orang tak suka tak apa. Mereka bukan sasaran kita dan mereka juga bukan supporter sejati. Jadi tak perlu sedih dan rasa terganggu.
5. Apabila menggunakan media sosial seperti Facebook personal, ada cara untuk berniaga di ruang peribadi ini. Gunakan konsep ‘relationship marketing’. Gunakan bahasa yang beralas.
6. Orang beli melalui peniaga yang mereka kenal, selesa dan percaya.
7. Namun kembali kepada asas, berniaga tetap berniaga. Jualan wajib dihasilkan secara konsisten agar perniagaan terus dapat bernyawa.
Marketing semata-semata tanpa berusaha menterjemahkannya kepada jualan hanyalah satu kerja sia-sia. Marketing dan sales harus sama-sama berlari laju.
Ingat selalu, orang nampak kita senang dan gembira, tapi jerit perih dan menangis kita tak ada sesiapa pun yang tahu.

