Hibah takaful adalah jalan pintas, mudah dan cepat untuk anda sediakan duit tunai di saat anda mengalami musibah atau hari yang penuh tak terjangka.
Biasanya hibah takaful akan ‘cover’ anda untuk kejadian:
- Kematian (normal atau kemalangan)
- Hilang upaya kekal (TPD)
- Penyakit Kritikal
Pada keadaan lumpuh kekal atau penyakit kritikal, kebanyakan orang tidak mampu lagi bekerja seperti biasa. Daripada situlah bermulanya detik terputus sumber pendapatan.
Apabila lumpuh atau menghidap penyakit kritikal, salah satu kegunaan wang adalah untuk kos-kos perubatan.
Di sinilah biasanya anda mendengar orang menyebut “INCOME REPLACEMENT” menggunakan hibah takaful. Walaupun seseorang itu lumpuh kekal, mereka akan mempunyai sumber kewangan untuk melalui hari-hari seterusnya walaupun sudah tidak dapat bekerja.
Walaupun anda mempunyai ratusan atau jutaan ringgit wang simpanan atau harta yang boleh dicairkan, tetapi alangkah lebih bagus dengan hanya sejumlah caruman bulanan, anda boleh mendapat hibah (pampasan) ratusan ribu atau jutaan ringgit.
Begitu juga apabila pencarum (iaitu anda) meninggal dunia, pewaris yang anda namakan akan menerima kesemua jumlah hibah. Maka mereka mempunyai sumber kewangan untuk meneruskan hidup sehari-hari setelah ketiadaan anda yang menjadi sumber kewangan utama selama ini.
Tidak dinafikan, caruman bulanan adalah satu komitmen, selain bayaran komitmen bulanan yang lain. Tetapi ia bukan satu perkara yang sukar jika anda nampak cara ini sebenarnya lebih menjimatkan berbanding menggunakan wang simpanan.
Bayangkan dengan RM50 sebulan (ini contoh sahaja), anda atau pewaris anda boleh menerima pampasan hibah takaful dalam jumlah sehingga RM250,000 (hubungi kami untuk pelan hibah terkini). Jumlah hibah ini jika anda lakukan simpanan wang setiap bulan, akan mengambil masa bertahun-tahun untuk mengumpul jumlah itu.